top of page

SEJARAH 

SK SERI NILAM, KL

PROFIL SEKOLAH

     Sekolah Kebangsaan Seri Nilam (SKSN) ditubuhkan pada 1 Januari 2001. Sekolah ini terletak di Taman Bullion Mewah yang pada masa tersebut masih dalam pembinaan. Oleh itu, sekolah ini dialamatkan kepada Taman Koperasi Polis Fasa 2, 68100 Kuala Lumpur. Pada peringkat awal, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Taman Bullion Mewah. Tetapi akhirnya ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Seri Nilam. 

​

     Sekolah ini bermula dengan 232 orang murid dengan 22 orang guru dan 3 orang staff sokongan. Sekolah ini menampung majoriti murid-murid daripada kawasan sekitar, antaranya Taman Koperasi Polis Fasa 1 dan 2, Taman Batu Muda, Kampung Batu Muda, Kampung Batu Muda Tambahan, Kampung Padang Balang dan Taman Melewar. Pada tahun 2017, SK Seri Nilam mempunyai 700 orang murid.

​

     Sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan. Fasiliti lain antaranya kantin, surau dan padang. Sekolah ini mempunyai 37 buah bilik yang boleh dijadikan kelas. Bilangan kelas yang digunakan bergantung kepada bilangan murid sekolah pada sesuatu masa. Sekolah ini pernah mempunyai 5 kelas untuk sesuatu tahun iaitu Arif, Bestari, Cerdas, Dinamik dan Elit.

   

     Pada tahun 2015 nama kelas diubah untuk Tahap 1, Emerald, Sapphire, Ruby manakala Tahap 2 Amethyst, Pearl dan Turquoise. Pada perubahan pentadbiran sekali lagi kelas telah diubah nama kepada nama-nama tokoh ilmuwan Islam seperti Al-Farabi, Al-Ghazali, Ibnu Sina, Al-Razzi. Selepas pertukaran pentadbiran, pihak sekolah telah bersetuju kelas-kelas yang dinamakan semula seperti Delima, Intan, Mutiara, Zamrud, Berlian dan Kristal.  

 

     Selain kelas normal, sekolah ini juga mempunyai murid-murid khas dipanggil Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Pada tahun 2017, PPKI ini mempunyai 5 kelas seramai 47 orang.

​

Sekarang pada tahun 2021, sekolah ini telah mempunyai seramai 837 orang murid keseluruhan yang terdiri daripada 765 orang murid perdana, 47 orang murid PPKI dab 25 orang murid prasekolah. 

​

Sekolah ini juga mempunyai bilik-bilik khas seperti Makmal Sains 1 & 2, Bengkel Reka Bentuk & Tekonologi (Kemahiran Hidup), Bilik Muzik, Bilik Pemulihan, Pusat Sumber, Bilik Bimbingan & Kaunseling, Kelas Prasekolah, Makmal Komputer, Bilik Seminar, Bilik j-QAF, Bilik Guru, Bilik SPBT dan yang terkini Frog Classroom yang dihadiahkan oleh pihak YTL kepada sekolah.

Kata-Kata
Hikmah

 
"Ilmu yang sejati, seperti barang berharga lainnya, tidak dapat diperoleh dengan mudah. Ia harus diusahakan, dipelajari, dipikirkan, dan lebih dari itu, harus selalu disertai doa."

SELAMAT
KEMBALI KE SEKOLAH TAHUN 2024


Waktu Persekolahan Biasa (SK) 2024

Isnin
Tahap 1
7.30 pagi -
1.00 tengah hari

 
Tahap 2
7.30 pagi -
1.30 tengah hari

 
Selasa - Khamis
Tahap 1
7.30 pagi -
12.30 tengah hari

 
Tahap 2
7.30 pagi -
1.00 tengah hari


Jumaat
Tahap 1 & 2
7.30 pagi -
12.00 tengah hari


KAFA SILA RUJUK KEPADA GURU KAFA

bottom of page