top of page

KSSR & PBS

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

 

Jika anda ingin tahu apakah yang dimaksudkan dengan KSSR, lihatlah video di bawah ini.

APA  ITU PBS?

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. 

 

PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan  pembelajaran. 

 

 

Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru? 

​

Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah  yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain).

 PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksana denganmemperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantuguru merekod pencapaian murid secara berterusan. 

 

Kenapa PBS perlu dilaksana sekarang?

​

Pelaksanaan PBS adalah seiring dengan program  transformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia. 

 

Bila PBS mula dilaksanakan? 

 

PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR pada 2016, mulai Tingkatan 1 pada 2012 . 

 

 

Apakah perbezaan antara PBS dengan pentaksiran sedia ada?

​

PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapat meningkatkan integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing- masing kerana mereka:

 

 

- boleh memantau perkembangan murid secara berterusan

- boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid

- lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan

 perkembangan murid

- mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi

 

 

Apakah Standard prestasi? 

 

Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidangyang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras (benchmark) yang telah dikenal pasti.  

Standard Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan. 

 

 

 

Apakah standard kurikulum? 

 

Penyataan standard tentang apa yang murid patut tahu dan boleh buat seperti yang terkandung dalam KSSR: 

 

- standard kurikulum terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran

- standard kandungan adalah apa yang murid patut tahu, faham dan boleh buat

- standard pembelajaran adalah apa yang murid perlu belajar dan boleh dilihat melalui tingkah laku

Kata-Kata
Hikmah

 
"Ilmu yang sejati, seperti barang berharga lainnya, tidak dapat diperoleh dengan mudah. Ia harus diusahakan, dipelajari, dipikirkan, dan lebih dari itu, harus selalu disertai doa."

SELAMAT
KEMBALI KE SEKOLAH TAHUN 2024


Waktu Persekolahan Biasa (SK) 2024

Isnin
Tahap 1
7.30 pagi -
1.00 tengah hari

 
Tahap 2
7.30 pagi -
1.30 tengah hari

 
Selasa - Khamis
Tahap 1
7.30 pagi -
12.30 tengah hari

 
Tahap 2
7.30 pagi -
1.00 tengah hari


Jumaat
Tahap 1 & 2
7.30 pagi -
12.00 tengah hari


KAFA SILA RUJUK KEPADA GURU KAFA

bottom of page